Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah,Ahad lepas sehari suntuk baba bawa Muhammad dan Qasim berjalan-jalan.First kami ke Kl Bird Park dan seterus itu pusing ke Muzium Negara untuk ke pameran upin dan ipin.Jika ditanya mana yang paling best antara kedua tempat ini rasanya lebih kepada bird park.Tapi sekarang kita cerita tentang pameran upin dan ipin dulu sebab gambar di bird park tu terlalu banyak,nanti upload waktu lain inshallah.
Pameran Jejak Upin & Ipin ini diadakan di Muzium Negara dari 26 Nov sehingga 31 Dec 2011.Dalam cuti sekolah ini,Jadi mak bapak diluar sana yang ada anak-anak yang minat dengan upin ipin ni boleh bawa jalan2 kesini ya.
showcase upin&ipin the musical
Selepas solat Zohor dalam jam 2petang ,kami sampai ke perkarangan muzium negara,sangat banyak kereta dan sangat ramai orang.Singgah beli nuggets di KFC dulu untuk kanak-kanak alas perut.kenyang perut senang hati.Takut kalau lapar nanti menangis meragam pelbagai.Disitu banyak ada gerai jualan kecil-kecil makanan ringan.Boleh makan keropok lekor atau goreng pisang dulu sebelum masuk ke pameran.Kebetulan kami datang pada hari Ahad jadi dapat tonton showcase Upin & Ipin the Musical yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 12 tengahari dan 3petang.Boleh lihat kanak-kanak berlakon karakter dalam Upin dan Ipin sambil bernyanyi. Ini hanya show kecil kecilan mereka sahaja sebelum mereka membuat teater musical secara eksklusif di istana budaya pada April tahun depan nanti.Kemudian kami terus beratur untuk membeli tiket masuk ke dewan pameran.Harga RM12 untuk dewasa dan RM 6 untuk kanak-kanak 6 tahun keatas. Pada pandangan peribadi saya,pameran itu biasa2 saja,terdapat kisah2 terasasnya kartun upin dan ipin di msia,ruangan proses animasi dan pameran2 merchandise mereka.Kanak-kanak yang minat upin dan ipin mesti akan teruja.Yang paling menarik disini mungkin adanya replika rumah opah.Ada bilik opah,bilik kak ros,bilik upin ipin dan dapur semua.Kita boleh duduk berehat sebentar di sofa lusuh opah di ruang tamu.Dan melihat hasil lukisan upin ipin diaas meja belajar mereka.Bilik kak ros yang paling cantik sekali dengan cadar pink dan bedak muka di atas meja soleknya.Bilik opah pula penuh dengan ubat-ubat dan minyak angin opah..hihi..Cuma hari tu sebab terlalu ramai orang jadi sesak pula dalam rumah opah tu ,nak bergerak pun agak terhad.
Bilik Opah
Bilik Kak Ros
Disudut lain pula,Muhammad paling asyik bermain dengan video game Upin ipin yang ada disitu.Qasim pula lari dan pusing sana sini.Dia paling minat dengan Rembo-ayam tok Dalang tu.Keluar dari pameran itu,ada souvenier shop menjual barangan Upin dan Ipin yang original.Harga disitu jauh lebih murah dari luar. kami tak beli apapun disitu sebab Muhammad pun tak ada minta apa2 untuk dibeli.Mujurlah begitu kan Muhammad..hihi..Muhammad sekarang big fan Boboiboy pulak dah..
Bilik Upin
dan Ipin
Dapur Opah
Pada sesiapa yang tidak ad idea nak bawa anak2 kemana pada cuti sekolah ini bolehlah ke muzium negara instead of shopping complex.Berjalan-jalan berhibur bersama,salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim dan mengembirakan anak-anak dan keluarga.Rasulullah s.a.w sendiri cukup suka bermain mengembirakan kanak-kanak bagi menghargai mereka. Terdapat hadis Nabi berbunyi "Allah menyediakan tempat khas di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan didalam hati kanak-kanak"
Semua kita sayangkan anak-anak kita namun apabila kita mengembirakan anak-anak kita niatkanlah ianya adalah sebagai ibadah dan sebagai mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.Selamat bercuti untuk semua!
Mari kita lihat sejenak cara Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak.
* http://www.youtube.com/watch?v=UIVAirYr6VI